Perkembangan konsep Daulah terpendam

Pada abad ke-17 dan abad ke-18 perdebatan politik mengenai pemisahan gereja dan negara sering bermain disekitar persepsi apabila jika pihak Gereja dibiarkan tanpa kawalan mungkin berubah menjadi sejenis Kuasa dalam Negara, pencerobohan tidak sah dari kuasa sivil semulajadi Negara.[5]

Dalam bidang sains politik, konsep ini sering dipelajari dalam penulisan umum yang membincangkan mengenai kenegaraan terutamanhya sejak buku Bringing the State Back In (1985)[6] mula diterbitkan sehingga mencetuskan penyelidikan ilmiah yang kekal aktif hingga ke hari ini. Dalam konteks penulisanm tersebut, sesebuah politi negara difahami sebagai" suatu tempat" venueyang menempatkan peraturan dimana orang lain bertindak dan berinteraksi) serta "pelaku" (actor) yang mempunyai agenda sendiri. Hasilnya, konsep kuasa tersembunyi ini sering dinyatakan dalam konteks teori konspirasi bahawa negara bertindak menggerakkan 'negara sebagai pelaku' manakala versi bukan konspirasi akan menjadi versi lain 'negara sebagai tempat.'

Perlakuan asas dari kesusasteraan ilmiah mengenai dua sifat negara adalah 'negara sebagai pelaku' (daulah terpendam) adalah ciri-ciri dari semua negara yang mempunyai kesan baik dan buruk dan tidak boleh dilihat seburuk secara lalai.